Skip to main content

Kek Batik Indulgence



Resepi Kek Batik Indulgence 
1 adunan loyang 10 x 10

Bahan asas Kek Batik:

600 gm Biskut Marie jenama HWA TAI ( dipatah dua sahaja)
200 gm Butter Anchor salted
110 gm Milo
280 gm Susu pekat krimer manis F&N bervitamin
45 gm Serbuk Koko Hershyes
110 ml air masak suhu bilik
2 biji telur gred B ( dikacau sedikit untuk mudah gaul)
1 tsp Esen vanilla

Cara - caranya:

- Cairkan butter dengan api perlahan.
- Masukkan susu pekat dan kacau rata
- Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau laju supaya tidak berketul.
- Masukkan telur, kacau rata.
- Masukkan air masak dan esen vanilla. Kacau sebati hingga pekat.
- Tutup api. Masukkan biskut marie dan kacau rata sehingga semua biskut tersalut coklat.
- Alas dgn plastik/ baking paper dengan lebihan kiri dan kanan supaya mudah dikeluarkan.
- Masukkan kek batik ke dalam loyang dan tekan hingga padat.

Resepi Topping Cheese ( bakar )

Bahan- bahannya:

250 gm Cream Cheesse Tatura
70 gm Gula Custor
1 biji Telur gred A/B
1 tbsp membukit Tepung Gandum

Cara- cara:

- Mix cream cheese hingga lembut. Make sure cheese masih lembut.
- Masukkan kesemua bahan dan mix sehingga licin.
- Make sure cheese masih sejuk semasa nk pipekan ke atas kek batik.
- Bakar 10 mint guna api atas sahaja. Suhu 160 deg rak tengah.
- Biarkan cheese masak hingga garing.

Resepi Topping Ganache

Bahan- bahan:

100 gm Milk Compound Beryls
100 gm dark Compound Beryls
200 ml whipping cream UHT Anchor
1 sudu besar butter

Cara- cara:

Double boil semua bahan sehingga silky smooth.

* Letak gelatin supaya ganache kemas*

- Adun 1 tsp Halal Gelatin + 1 tbsp air sejuk dari peti ais.
- Biarkan mengerasdalam 5 - 10 mint.
- Masukkan adunan ke dalam ganache time masih panas dan kacau laju hingga sebati.
- Terus curahkan atas lapisan kek dan biarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam fridge.

CARA MELAPIS KEK BATIK INDULGENCE

Lapisan 1
Kek batik asas tanpa topping. Biarkan 10 min di dalam peti.

Lapisan 2
Tuang cheese, dan bakar api atas sahaja suhu 160 for 10 mint.

Lapisan 3
Tuang ganache, ratakan dan sejukkan selama 4 jam/ lebih baik semalaman.






Comments

Popular posts from this blog

Wholemeal Bread

The Recipe  Ingredients 1 Egg 50 gm  Butter 5 Tbs Sugar 1 Tsp Salt 220 ml Cold Water 50 gm Olive Oil 250 gm High Protein Flour 250 gm Wholemeal Flour 11 gm Instant Yeast Preparations 1. Put all the ingredients in the Bread Maker. Setting as basic or wholegrain.

Roti Puri

Bahan- bahan: 2 Cawan Tepung Gandum 1 Sudu Teh Yis 3 Sudu Besar Minyak Masak 2 Sudu Teh Gula 1/2 Sudu Teh Garam 3/4 Cawan Air Suam Cara- cara: 1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, dan minyak masak. 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga tidak melekat di tangan. 3. Perap 15 minit di bawah tuala basah. 4. Setelah adunan kembang, bulatkan kecil kecil. 5. Gelekkan guna penggelek nipis-nipis. 6. Goreng kedalam minyak panas yang banyak. 7. Siram minyak ke atas permukaan puri supaya roti naik gelembung. ( Preferably goreng satu-satu)