RESIPI CREAM PUFF & ECLAIR
Bahan -bahan:
600ml air
250g majerin pelangi (jangan tukar butter atau majerin lain)
350g tepung gandum
1/4 teaspoon baking powder
7 biji telur saiz A (jangan tukar saiz telur)
1/2 teaspoon esen pisang
Half Resipi
300ml air
125g majerin pelangi
175g tepung gandum
Half dari 1/4 teaspoon baking powder
197g telur saiz A
Half dari 1/2 teaspoon esen pisang
Cara-caranya:
- Masukkan air dan majerin sehingga mendidih
- Masukkan campuran tepung sehingga rata
- Masukkan campuran tadi dalam mixer, tunggu sedikit suam 8 - 10 mint sebelum masukkan telur dan esen.
- Pipekan guna nozzel 4B, size 20 sen. Jarakkan.
- Bakar suhu 180'C, api atas bawah selama 30min. Jangan guna kipas
- Untuk hiasan, gunakan snow powder
- Untuk Eclairs, double boil 150gram coklat masakan atau coklat compound (Berrys Dark Chocolate)
- Tak perlu letak cream atau butter atau cocoa butter.
Resipi Pastry Cream
200g instant custard
500g air sejuk
400g non dairy whipcream/freshcream
Cara-caranya:
- Campurkan instant custard dengan air sejuk
- Whisk fream cream sehingga sederhana kembang
Masukkan campuran custard tadi.
TIPS
- Bila buat campuran majerin dan air, jangan biarkan adunan air mendidih lama. Bila mula nak didih, terus tutup api. Ini kerana, bila air terlalu lama mendidih, adunan cecair akan tersejat.
- Bila tuang telur, jangan tuang sekali banyak dan laju. Tuang dan putar sehingga adunan sebati, baru tuang lagi. Bila tuang terlalu cepat dan banyak, adunan tepung yang agak suam itu akan cair. Bila cair, tak boleh nak buat apa apa lagi untuk baikinya. Adunan yang perfect, bila kita tarik dengan spatula, terhasil bentuk V yang sedang panjang (tengok video).
- Sekiranya bentuk V terlalu pendek, bila kita selar adunan , tak tutup seperti video, putar balik. Tambahkan telur. Pecahkan sebiju, tambah 1 tbsp setiap masa sehingga dapat tekstur yang diingini. Tak perlu tuang semua .
- Pembakaran kena sempurna. Maksudnya kena bakar dengan jarak yang betul, suhu yang tinggi untuk bagi puff naik sempurna dan masa bakar yang betul. Spray air paip atas creampuff dan eclairs sebelum bakar untuk permukaan dibakar dengan sedikit steam.
- Sekiranya anda overbeat sehingga adunan terlalu kental, tambahkan lagi telur (pecah sebiji dalam mangkuk kecil, tuang sesudu setiap masa)
- Adunan yang dah dipaip sebelum dibakar , sementara menunggu giliran, kena tutup dengan kain. Begitu juga bowl, jika ada adunan yang belum dipaip, cover bowl dengan kain untuk elakkan adunan kering
- Creampuff yang perfect bila dibakar dia ringan, isi dalam kosong.
Lain-Lain
- Satu resepi boleh hasilkan 75pcs Creampuff atau 70 Eclairs
- Creampuff sedap makan 3 hari lepas dibuat. Lebih dari 3 hari rasa dah kurang sedap, inti kurang manis dan keras.
Comments
Post a Comment